Tawaran Arab Saudi untuk Piala Dunia 2034 terima penilaian ‘tertinggi’ – FIFA

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa tawaran Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034 telah menerima penilaian tertinggi sebanyak 419.8 daripada 500.

Ia menjadikannya penilaian tertinggi dalam sejarah tawaran untuk acara global itu.

Tawaran itu mencerminkan komitmen Arab Saudi untuk memperkembangkan bola sepak serta transformasi pesat yang sedang berlaku di negara tersebut.

Tawaran yang diiringi oleh sokongan tinggi daripada pemerintah, terutama oleh Tengku Mahkota dan Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud telah meyakinkan FIFA akan potensi negara itu untuk menjadi tuan rumah yang berjaya.

Arab Saudi telah menyerahkan tawaran mereka pada bulan Julai dengan slogan “Growing. Together” dan merancang untuk menyelenggarakan Piala Dunia FIFA pertama yang terdiri daripada 48 pasukan di satu negara.

Perlawanan akan berlangsung di 15 stadium di lima bandar tuan rumah iaitu Riyadh, Jeddah, Khobar, Abha dan NEOM serta 10 lokasi lain di seluruh negara.

Anda Mungkin Berminat