WASHINGTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida.
Menurut laporan abc news, pertemuan itu berlaku selepas Trump mengancam untuk mengenakan cukai 25 peratus ke atas barangan dari Kanada dan Mexico kecuali kedua-dua negara tersebut menghentikan aliran dadah dan pendatang haram ke Amerika Syarikat.
Trudeau menyatakan bahawa ancaman tarif Trump perlu diambil serius dan beliau berharap dapat berbincang dengan Trump untuk mengelakkan perang perdagangan.
Trudeau juga menegaskan bahawa tarif tersebut akan meningkatkan harga barangan untuk rakyat Amerika dan merugikan industri serta perniagaan di Amerika Syarikat.
Pertemuan itu juga dihadiri oleh Menteri Keselamatan Awam Kanada, Dominic LeBlanc yang bertanggungjawab terhadap keselamatan sempadan.
Trudeau berharap perbincangan itu dapat membawa kepada penyelesaian yang konstruktif dan mengukuhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.