KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember nanti dan akan membawa hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung.
Menurut analisis model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang 3 Disember hingga awal pagi 4 Disember 2024, yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan,” kata METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi METMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu, atau aplikasi myCuaca.
METMalaysia mengingatkan orang awam supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti luar sehingga cuaca kembali stabil.
Baca juga: