Sejarah kapal terbang pertama di dunia

SEJARAH mengatakan kecerdikan Orville dan Wilbur Wright menjadi pemangkin sebuah pesawat bermotor pertama di dunia.

Mereka adalah pelopor pertama yang membuat kapal terbang bermotor dan berjaya terbang secara seimbang.

Pada tahun 1899, usaha adik-beradik itu diteruskan dan berjaya menghasilkan kapal terbang bermotor pertama di dunia.

Sementara itu, Sir George Cayley sudah membentangkan konsep ‘mesin penerbangan bersayap kekal’ yang bergantung pada sistem tujahan (propulsion) dan kawalan iaitu pada 100 tahun sebelumnya.

Manakala, 100 tahun sebelum zaman Cayley pula, sudah ada jentera terbang seperti belon udara panas yang direka Joseph-Michel dan Jacques-Etienne Montgolfier.

Belon udara panas dan kapal terbang adalah dua konsep berbeza dalam dunia penerbangan. Konsep ini adalah “lighter-than-air” (belon udara panas) dan “heavier-than-air” (pesawat).

Proses pembikinan kapal terbang adalah melalui evolusi teknologi itu sendiri, dengan disiplin untuk mengkaji dan mempelajari daripada kesilapan lama.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang memuja The Wright Brothers, walhal tokoh ilmuwan Islam iaitu Abbas Qasim Ibnu Firnas telah berjaya memulakan formula aerodinamik yang dijadikan konsep asas kepada rekabentuk kapal terbang.

Sedikit sejarah berkaitan Ibnu Firnas, beliau mencetuskan idea penerbangan daripada burung yang terbang di udara dengan menggunakan sayap.

Pada 875, Ibnu Firnas mencipta pelayang daripada struktur besi-kayu bersalut kain sutera dan membuat penerbangan pertama dari sebuah menara masjid di Cordova.

Penerbangan kedua juga daripada atas bukit di kawasan yang sama. Beliau terbang seperti seekor burung. Idea rekabentuk alat penerbangan ini telah diabadikan dalam bukunya bertajuk, Abbas Bin Firnas and the Origin of Flight.

Secara ringkasnya, Ibnu Firnas ialah pelopor manakala The Wright Brothers pula pelengkap ilmu penerbangan yang menyumbang kepada pelbagai keperluan manusia sehingga sekarang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat