Israel ancam serang Lubnan selepas gencatan senjata

LUBNAN: Persetujuan untuk menghentikan gencatan senjata antara Hezbollah dan Israel baru-baru ini telah mengejutkan dunia.

Namun begitu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dalam wawancara dengan Skynews, menyatakan bahawa persetujuan tersebut bukanlah penamat kepada peperangan.

Beliau memberi amaran bahawa jika perang kembali berlaku, ia akan melibatkan lebih banyak negara, termasuk Lubnan.

“Jika kami kembali berperang, kami akan bertindak dengan kuat, kami akan pergi lebih dalam.

“Perkara yang paling penting mereka perlu tahu, tidak akan ada pengecualian lagi untuk negara Lubnan.

“Jika sebelum ini kami memisahkan negara Lubnan dari Hezbollah, ia tidak akan lagi seperti itu,” jelasnya.

Kenyataan ini menimbulkan kegusaran kepada masyarakat di Selatan Lubnan yang kini berdepan dilema sama ada untuk memulakan semula kehidupan atau mengekalkan pertahanan diri.

Pada hari Selasa lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui bahawa Hezbollah dan Israel bersetuju untuk gencatan senjata.

Namun, beliau menekankan bahawa persetujuan ini hanya menghentikan gencatan senjata dan bukannya penamat kepada peperangan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat