Oleh: Shafira Aziz
PETALING JAYA: Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh, Maimunah Saleh, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.05 pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, Fuziah meluahkan rasa dukacita atas pemergian ibunda tercinta.
“Dengan penuh dukacita dan redha dimaklumkan Bonda saya, Maimunah Saleh, telah kembali ke Rahmatullah,” katanya pada Ahad.
Jenazah Allahyarhamah sedang diuruskan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya Johor.
Fuziah turut berkongsi doa buat ibundanya, memohon keampunan dan rahmat Allah serta mendoakan syurga buat arwah.
“Semoga Allah kurniakan husnul khotimah, ampunkan dosa dan merahmatinya,” tambahnya.