Agong santap asam pedas bersama Anwar

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Johor Bahru, Johor pada Isnin.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim, baginda menikmati santapan tengah hari itu di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru.

Terdahulu, baginda menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat pada sesi menghadap dan santapan tengah hari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat