SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol dikenakan larangan perjalanan sementara oleh Kementerian Kehakiman.
Ia bagi memberi ruang kepada polis menyiasat dakwaan pemberontakan terhadapnya berhubung pengisytiharan darurat tentera yang gagal.
Lapor South China Morning Post, Ketua Jabatan Siasatan Rasuah bagi Pegawai Kanan, Oh Dong-woon berkata, beliau sudah mengarahkan perintah larangan perjalanan dikeluarkan terhadap Suk-yeol.
Sekatan itu dilaksanakan kurang seminggu selepas beliau mencetuskan huru-hara di negara itu dengan memperkenalkan undang-undang tentera.
Turut disenarai dalam larangan ke luar negara itu adalah bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong hyun, bekas Menteri Dalam Negeri, Lee Sang min dan Jeneral Park An su, pegawai yang bertanggung jawab terhadap operasi undang-undang tentera serta Komander Yeo In hyung, seorang pegawai anti risikan pertahanan.
Untuk rekod, Yong hyun kini sedang berada di dalam tahanan.
Pada masa sama, ahli Parlimen Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang dianggotai Suk-yeol sendiri, menyokong undi memecat beliau .
Ahli Parlimen, Kim Sang-wook dari PPP yang memerintah berkata pada 8 Disember bahawa beliau akan mengundi memihak kepada pemecatan Suk-yeol melainkan pelan hala tuju yang jelas untuk penyingkirannya daripada jawatan dibentangkan.
Meskipun Suk-yeol berjaya menangkis usul undi memecatnya di Parlimen, partinya bertegas mahukan dia meletak jawatan, sekal gus menimbulkan kegusaran negara sekutu, Amerika Syarikat (AS).
Baca juga: