Mangsa banjir enam negeri meningkat sedikit pagi ini

KUALA TERENGGANU: Jumlah keseluruhan penduduk terjejas banjir di enam negeri mencatatkan sedikit peningkatan kepada 1,272 orang setakat 8.16 pagi ini, berbanding 520 orang malam tadi.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Negeri Terengganu mencatatkan mangsa banjir paling tinggi di Kemaman iaitu 700 orang di 13 pemindahan sementara (PPS).

Ia diikuti dengan 238 orang di tiga PPS Tampin Negeri Sembilan, Johor (166), Perak (112), Pahang (45) dan Melaka seramai 11 orang.

Dalam pada itu, setelah dua minggu dilanda banjir besar, keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang semalam dengan PPS terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh ditutup sekitar pukul 6 petang apabila banjir di kawasan petempatan mereka surut dan semua mangsa dibenarkan pulang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat