PM arah Bank Negara kawal kenaikan harga insurans perubatan


Oleh: Haikal Tajuddin

PARLIMEN | Kerajaan kini meneliti isu kenaikan harga insurans kesihatan bagi memastikan ia dianggap munasabah dan tidak membebankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara agar menyelaraskan hal tersebut.

“Pertama, nak jelaskan bahawa kenaikan ini adalah bersandarkan treshold yang lebih rendah di Malaysia dan kos perubahan yang tinggi dan kos perkhidmatan yang tinggi, itu penjelasan daripada syarikat insurans.

“Kita tahu bahawa alasan kos perubatan, pertama ubatan, jadi sekarang ini tiada kawalan, dan malah pembelian ubat ini selama puluhan tahun ini monopoli, jadi sebab itu kita akan batalkan beberapa komitmen kepada 1-2 syarikat dan minta Kementerian Kesihatan seperti mana beberapa negara lakukan, menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan.

“Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India dan China umpamanya yang dikaji dan tidak
semestinya terikat dari Amerika atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) terhadap tindakan jangka pendek yang boleh dilakukan terhadap kenaikan premium insurans perubatan sebanyak 40- 70 peratus dan inflasi kos perubatan 12.6 peratus yang dua kali ganda lebih tinggi sejak tahun 2023.

Anwar turut berkata langkah ini satu insiatif terbaik untuk jangka masa pendek dan berada di bawah peranan pihak DRGs.

“Sehingga kita perkenalkan pelaksanaan pengawalan DRGs dan kemungkinan meminda akta 386 dan ini adalah untuk menetapkan kaedah segera untuk tidak meletakkan terlalu tinggi.

“Kos ubat yang dibangkitkan terkait dengan syarikat besar untuk berlesen perlu dikenakan RM5,000 kerana kawalan yang tidak ketat dan monopoli,” jelasnya.

Terdahulu, syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) sudah menyatakan persetujuan untuk mengambil langkah wajar termasuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans perubatan yang dijangka meningkat sehingga 70 peratus tahun depan.

Hal ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pemegang kad insurans yang rata-rata mendakwa terbeban dengan kenaikan itu nanti.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat