Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Selebriti terkenal, Awal Ashaari masih berduka cita atas pemergian ibu mertuanya, Junainah Hashim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Awal, bapa kepada dua orang cahaya mata jelita, mengakui bahawa kasih sayang dan hormat terhadap ibu mertuanya itu sama seperti ibunya sendiri, meskipun baru 12 tahun bersamanya.
Dalam hantaran di Facebook, Awal mengenang allahyarhamah sebagai seorang yang pemurah, baik hati dan sentiasa menyayangi keluarganya.
“Terima kasih kerana menjadi mama, mertua, dan mak tok yang terbaik buat kami semua.
“Mama dah berpindah ke negeri abadi. Doa kami buat mama dan semoga kita berjumpa di syurga kelak. Tenanglah dikau di sana, Hajah Junainah Hashim,” ujar Awal.
Junainah Hashim, ibu kepada pelakon Scha Alyahya meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada pagi Sabtu, namun punca kematian tidak didedahkan.
Awal turut menzahirkan rasa sayangnya yang mendalam terhadap ibu mertuanya itu, mengakui bahawa allahyarhamah sanggup mengorbankan kebahagiaan demi keluarga sepanjang hayatnya.
Baca juga: