Oleh: Hanim Nadia
SHAH ALAM: PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, pindaan itu dibuat menerusi Kongres Khas parti itu yang menyaksikan lebih dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan Perlembagaan parti yang sudah diusul.

“PKR mengadakan Kongres Khas di Shah Alam, Selangor bagi membincangkan pindaan kepada Perlembagaan parti berkait proses pemilihan parti, yang meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan jawatan tertinggi parti serta 20 anggota MPP di Kongres Nasional.
“Pindaan perlembagaan ini turut melibatkan prinsip penetapan kuota gender dan etnik,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, tarikh baharu bagi Kongres Nasional 2024 dan 2025 akan diumum dalam masa terdekat setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat.
Kongres yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca juga: