Oleh: Fazleen Safina
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa, para pengguna tidak perlu memohon pelesenan platform media sosial yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari depan.
Sebaliknya SKMM berkata, pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu hanya dikenakan kepada penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memiliki sekurang-kurangnya 8 juta pengguna.

“Ini termasuk platform seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, TikTok dan banyak lagi.
“Matlamatnya adalah untuk memastikan pengurusan dan keselamatan yang lebih baik di platform-platform ini,” menurut suruhanjaya tersebut dalam kenyataan ringkas pada Isnin.
Terdahulu, SKMM memberi tempoh lima bulan untuk platform media sosial mematuhi kawal selia pelesenan.
Sepanjang tempoh itu, ia akan terus terlibat secara aktif bagi melancarkan peralihan ke arah rangka kawal selia yang berkuat kuasa pada awal tahun depan.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilapor berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial termasuk pesanan internet.
Baca juga: