Ringgit Malaysia kukuh, diniaga pada 4.4550

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Nilai Ringgit Malaysia (RM) terus kukuh berbanding nilai Dolar Amerika Syarikat (AS) yang diniagakan hari ini.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit dibuka pada kadar 4.4550.

Kadar tersebut menunjukkan peningkatan yang positif berbanding sesi penutupan yang diniagakan pada hari semalam dengan nilai sebanyak 4.4645.

Nilai ringgit dilaporkan mengukuh berbanding mata wang utama yang lain termasuk peningkatan berbanding Pound Britain, Euro dan Yen Jepun.

Namun, prestasi ringgit terhadap mata wang ASEAN adalah bercampur-campur dengan peningkatan berbanding Dolar Singapura dan Rupiah Indonesia tetapi sedikit susut berbanding Baht Thailand.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat