KHIDMAT perubatan di Malaysia rupa-rupanya dapat pujian daripada warga negara jiran, Indonesia.
Rata-rata mereka memuji kemudahan dan layanan yang ditawarkan di hospital-hospital negara ini yang disifatkan terbaik dan berpatutan berbanding negara mereka sendiri.
Seorang pengguna media sosial, Widiayanti, menerusi platform X berkata layanan yang diberikan di negara ini kepada pesakit lebih bersifat manusiawi daripada di Indonesia.
Jelasnya lagi, kos perubatan juga lebih murah dan ramai doktor pakar yang akan merawat pesakit.
“Di Malaysia dilayan lebih manusiawi, harga rawatan murah, doktor pakar ramai,” katanya.
Ciapan ini mencetuskan perbincangan luas mengenai pengalaman positif rakyat Indonesia mendapatkan rawatan di Malaysia.
Dalam perbincangan yang sama, seorang pengguna lain, Diah Puspita, berkongsi pengalaman kurang memuaskan dengan sistem perubatan di Indonesia.
“Saya rasa susah nak dapat maklumat daripada doktor semasa ayah saya dirawat.
“Keluarga jadi bingung kerana doktor kurang memberi penjelasan,” ujarnya.
Semoga Malaysia terus menjadi destinasi utama rakyat Indonesia yang mencari perkhidmatan kesihatan berkualiti, terutamanya di hospital swasta yang dikenali dengan fasiliti moden dan khidmat profesional.
Baca juga: