PETALING JAYA: Sebanyak 34 barangan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kereta jenama Haval milik pelakon, Rozita Che Wan akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara, jam 10.30 pagi esok.
Dokumen perincian berkenalan jualan barangan milik Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta itu telah dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Antara barangan yang akan dilelong esok adalah peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum, televisyen dan perabot akan turut dilelong.
Sesi lelongan itu pula akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution, memetik laporan media tempatan.

Pada 10 Disember lalu, media melaporkan kediaman Che Ta diserbu Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana didakwa gagal membayar hutang agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.
Menurut peguam yang mewakili MARA berkata, satu writ telah diserahkan kepada ibu pelakon berkenaan kerana beliau tidak berada di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Katanya, ini merupakan kali kedua mereka hadir ke rumah Che Ta yang mana kehadiran kali pertama bulan lepas tidak mendapat kerjasama daripada pelakon berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya berjaya mendapat perintah mahkamah untuk masuk dan membuat penilaian harga barang serta penyitaan.
Che Ta dikatakan telah melakukan pinjaman sebanyak RM960,000 daripada MARA pada tahun 2017 tetapi tidak membuat sebarang bayaran semula.
Disebabkan itu, MARA dalam proses memfailkan bankrap terhadap beliau dan anak sulungnya, Ammar Effendy sebagai penjamin.
Baca juga: