FAM gantung keahlian KAFA, kongres dan pemilihan tidak sah

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah digantung keahliannya sebagai Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa bermula 23 Disember (Isnin).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, Jawatankuasa Eksekutif FAM secara majoriti menerusi keputusan bertulis telah bersetuju dengan cadangan tindakan untuk menggantung keahlian KAFA berdasarkan Artikel 17 Statut FAM.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Disember 2024 kepada KAFA mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028.

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM ini merupakan satu jawatankuasa ‘adhoc’ yang telah ditubuhkan FAM atas arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Justeru, FAM telah mengarahkan supaya KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan tersebut secepat mungkin.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat