Anwar kagumi dimensi baru pelancongan di Langkawi

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kemajuan Langkawi yang kini bukan sahaja mengangkat nilai budaya tetapi juga membuka dimensi baru dalam sektor pelancongan negara.

Anwar menyatakan kekagumannya menerusi perkongsian di Facebook, beliau memuji projek-projek kreatif yang ditonjolkan di Dream Forest Langkawi.

“Alhamdulillah, saya sangat kagum dengan bakat kreatif yang ditonjolkan.

“Projek ini bukan sahaja berjaya mengetengahkan keunikan Pulau Langkawi tetapi juga mempersembahkan warisan tempatan yang kaya dengan mitos dan legenda.

“Langkawi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, kini tampil lebih menonjol dengan sebuah inisiatif yang bukan sahaja mengangkat nilai budaya, tetapi juga membuka dimensi baru dalam sektor pelancongan,” katanya.

Beliau juga mengakui bahawa projek itu menjadi pemangkin yang berkesan dalam memaparkan lagenda dan mitos kepada masyarakat tempatan.

Beliau menghubungi Tan Sri Fendi dan Puan Sri Tiara untuk menyampaikan penghargaan atas usaha hebat mereka dalam menjayakan inisiatif itu.

“Saya berharap, lebih banyak insentif seperti ini diwujudkan dan disemarakkan bagi memantapkan sektor pelancongan negara, di samping menghidupkan minat terhadap mitos, lagenda dan sejarah tanah air,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat