Ringgit sedikit mengukuh berbanding dolar AS

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) diniagakan dengan nilai yang sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa sesi pembukaan pagi ini.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit kini mencecah 4.4835 berbanding dolar AS pada jam 9:20 pagi, meningkat sedikit berbanding nilai penutupan semalam iaitu 4.4845.

Walaupun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8534/8579 daripada 2.8547/8586 pada penutupan Selasa, ringgit jatuh berbanding pound British kepada 5.6237/6318 daripada 5.6209/6278.

Nilai ringgit turut dilihat lebih lemah berbanding euro kepada 4.6624/6692 daripada 4.6603/6660.

Prestasi ringgit berbanding mata wang ASEAN pula menunjukkan hasil yang bercampur-campur.

Ia melemah berbanding dolar Singapura, diniagakan pada 3.2989/3041 berbanding 3.2979/3024 sebelumnya dan mendatar berbanding peso Filipina pada 7.66/7.68.

Namun, ringgit hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 276.8/277.4 daripada 276.9/277.4 tetapi meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1066/1363 daripada 13.1283/1517.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat