Wajib ada sijil halal sebelum sambung lesen niaga di Kelantan

PETALING JAYA: Pengusaha premis makanan dan minuman di negeri Kelantan diwajibkan
untuk memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sebelum menyambung lesen perniagaan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebagai permulaan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Mohd. Asri Mat Daud berkata, syarat itu perlu dipelopori oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

“Insya-ALLAH, PBT lain akan turut sama mempraktikan perkara ini dalam masa terdekat,” seperti dilapor Utusan Online.

Dalam pada itu, Mohd Asri berkata,sebanyak 453 SPHM telah dikeluarkan kepada premis perniagaan di negeri ini sejak Januari hingga bulan ini.

Daripada jumlah itu, katanya, 405 adalah pengusaha Melayu, manakala sebanyak 48 adalah premis bukan Islam.

Tambahnya lagi, ia melibatkan hotel, restoran, kedai makan, farmasi, kedai dandanan rambut dan lain-lain.

“Untuk mendapatkan SHPM itu ia perlu mengikut lapan spĂ©sifik dan bukan sahaja makaan dan minuman, tetapi meliputi bahagian dapur, penggunaan bahan atau produk perlu halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis tersebut dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan PBT,” ujarnya.

Mohd. Asri berkata, pada masa sama, pemeriksaan mengejut dilakukan dalam tempoh setahun bagi memastikan pengusaha premis mematuhi peraturan dan undang-undang.

Berdasarkan data, sebanyak 190 buah premis perniagaan di Kota Bharu yang memperoleh sijil tersebut, manakala enam hingga tujuh buah premis masing-masing di jajahan lain.

Anda Mungkin Berminat