Oleh: Kamilia Ali
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa dukacita terhadap kemalangan pesawat terhempas di lapangan terbang Muang di Korea Selatan.
Beliau berkata rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Korea Selatan di saat kesedihan ini.
“Kami mengucapkan takziah kepada semua yang telah terjejas,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Menurutnya, pada ketika ramai dari kita berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan, merenungkan tahun dan menghargai orang yang kita sayangi, tragedi dahsyat ini sebagai peringatan jelas tentang berharganya dan dalam masa sama rapuhnya kehidupan.
“Mari kita luangkan masa untuk menghargai orang-orang di sekeliling kita,” ujarnya.
Untuk makluman, hanya dua orang terselamat dalam nahas pesawat Jeju Air membawa 181 orang dari Bangkok, demikian menurut agensi berita Yonhap seperti laporan akhbar The Guardian hari ini.
Baca juga: