Oleh : Datuk Lokman Adam
RAMAI hari ini termakan dengan propaganda Perikatan Nasional bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) diberi pengampunan tanpa melalui Lembaga Pengampunan.
Sebagai seorang yang berpendidikan, bila kita keluar kenyataan, kita kena bersandarkan ilmu dan fakta. Kena sedar bahawa kesahihan Pengampunan DiRaja yang DSAI terima telah dicabar oleh pengikut Mahathir, Peguam Azam Abd Aziz (Buzze Azam) dan Buzze Azam kalah dalam saman tersebut.
Lembaga Pengampunan telah bersidang untuk memberikan pengampunan penuh kepada DSAI pada 16 Mei 2018. Benar pada ketika itu Peguam Negara Tan Sri Affandi Ali telah diarah bercuti, namun tempat beliau didalam Lembaga Pengampunan telah digantikan oleh Peguamcara Negara. Proses tersebut dilakukan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Anwar, meskipun terdapat perdebatan mengenai prosedur dan kebiasaan permohonan pengampunan, keputusan pengampunan itu disahkan sebagai keputusan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong selepas Lembaga Pengampunan bersidang. Sultan Muhammad V ketika itu berperanan dalam keputusan tersebut sebagai inisiatif peribadi, kerana Baginda memang tidak mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Itu sebab laju je Baginda beri pengampunan. Kita kena tahu pengampunan ni kuasa YDP Agong. Kita rakyat biasa tidak boleh hendak kata apa. Kerja DSAI hanya takat bantu DSN (Datuk Seri Najib Razak) dipertimbang untuk didengari petisyen pengampunannya.
Dalam Agenda Lembaga Pengampunan ada 10 orang sahaja, tapi DSAI dah bantu sampai DSN masuk dalam agenda ke-11. AG (Peguam Negara) pun terkejut nama DSN tiba-tiba muncul.
Namun, apa keputusan Agong 16, DSAI tu tak boleh hendak paksa. Agong hendak bagi pengampunan penuh ke, pengampunan separuh ke, gantung hukuman ke, tahanan rumah ke, itu hak YDP Agong 16. Yang menjadi masalah, sehari lepas Lembaga pengampunan sudah buat keputusan, baru Agong 16 tambah kelegaan. Dapat tahanan rumah, beberapa jam sebelum jam 12 malam bila Baginda tamat tempoh jadi Agong. AG masa tu pula, tafsir Adendum tu tidak sah, kerana ianya dibuat di luar Lembaga Pengampunan. Itu tafsiran AG, saya pun tak setuju.
Itu sebab DSN buat semakan kehakiman, bukan untuk pertikai keputusan Lembaga Pengampunan. Kita nak Mahkamah pulak tafsir sama ada YDP Agong boleh buat titah tambahan di luar Lembaga Pengampunan. Biarlah mahkamah memutuskan sama ada Titah itu sah atau tidak sah.
Sungguhpun begitu, kenyataan AG semalam sangat jelas bahawa YDP Agong ke-17 mahu rakyat faham bahawa kuasa memberi pengamounan ialah hak mutlak Baginda. Tapi malangnya, ada yang tidak menyabar dan tekan istana melebih had sampai Tuanku Murka. Itu sebab apa pun keputusan Mahkamah bagi saya dah jadi sia-sia. Baginda boleh beri pengampunan, Baginda juga boleh tarik balik pengampunan.
Kepada penyokong-penyokong DSN yang merasakan diri mereka lebih Najib dari orang lain, saya cuma nak pesan satu je. Apapun yang kalian lakukan kena ada strategi, tak boleh main sondol membabi-buta. Jangan ulang kesilapan pihak tertentu menekan YDP Agong sehingga Baginda Murka. Kita hendak rayu simpati, ehsan, budi bicara, lakukan dengan penuh tertib. Jangan jadi macam sekarang, orang lain punya salah, DSN yang jadi mangsa.
Majoriti ahli UMNO dan Penyokong DSN semua pun harap Agong baru akan bagi pengampunan penuh kepada DSN, bukan takat tahanan rumah. Itu pasal DSN mahu titah adendum Agong 16 ditafsir oleh mahkamah. Supaya kalau sudah dapat tahanan rumah guna keputusan Agong 16, dia boleh mohon dengan YDP Agong baru untuk dapatkan pengampunan penuh. Tak payahlah tunggu sampai 2028 untuk bebas. Tapi, pernah tak kita terfikir, kenapa Agong 16 tidak bagi pengampunan penuh? Sedar tidak ini semua salah kita sendiri, penyokong DSN.
Berapa orang dari kita yang membicarakan soal ketidakadilan terhadap DSN di media sosial masing-masing? Kebanyakan yang melalak sekarang hanya post tentang diri mereka di media sosial, selfie sana selfie sini. Cerita bab makan, cerita bab hal peribadi.
Tapi yang buat bising menghentam DSN lagi kuat bunyinya dari yang menyokong DSN. Apa 4.6 juta follower FB DSN buat untuk membantu DSN? Kita cakap jangan buat petition, mereka buat juga. Dah tahu penyokong Najib tu ramai yang malas dari rajin isi petition, kenapa buat juga petition tu. Akhirnya, petition yang musuh kita buat buat supaya DSN tidak diberi pengampunan lagi ramai dari yang sokong DSN diberi pengampunan. Macam mana Agong lama hendak bagi pengampunan penuh.
Bacaan politik saya, dalam pemikiran Baginda, Baginda mungkin beranggapan bahawa orang yang membenci DSN lebih ramai dari yang menyukai beliau. Itu pasal Baginda tidak mengambil risiko memberikan pengampunan penuh dan Baginda mengambil jalan tengah dengan memberikan kelegaan hukuman sahaja.
Ini semua punca dari salah kita! Kita GAGAL memberikan signal yang betul kepada Baginda. Sepatutnya, mulai hari ni, kita kena tumpu MERAYU agar YDP Agong baru simpati pada DSN yang banyak berjasa kepada negara supaya akhirnya Baginda beri pengampunan penuh kepada DSN. Bukan dengan mendesak atau menekan.
Kita sudah guna cara lawan terhadap Mahathir, Muhiyiddin dan Ismail Sabri, akhirnya DSN meringkuk dalam penjara. Hari ini UMNO tinggal 26 kerusi sahaja, kita perlukan bantuan pihak lain untuk membebaskan DSN. Sama ada PN (Perikatan Nasional) atau PH (Pakatan Harapan), tanpa bantuan orang lain, kita tidak boleh mempunyai kuasa untuk menyegerakan pengampunan DSN didengari.
Dan dont bark on the wrong tree. Yang maki hamun DSAI dan kerajaan untuk apa? Bijaklah sikit. Hendak masuk lembaga pengampunan, DSN patut jalani 1/3 hukuman, tapi dia tak sampai pun 4 tahun.
Baru setahun dah dapat pengampunan didengari. Itu semua sebab usaha Datuk Seri Azalina dan Datuk Seri Zahid tang meyakinkan DSAI supaya meyakinkan Agong untuk petition DSN didengari.
Jadi, saya hendak tanya satu sahaja, adakah kalian perlu bantuan DSAI untuk petition kedua didengari atau tidak? Adakah kalian sedar, kalau ikut SOP, DSN kena tunggu bertahun lagi baru boleh didengari petition keduanya. Tanpa bantuan PMX, hendak dapat pengampunan kedua didengari hanya akan berlaku jika inisiatif itu atas inisiatif YDP Agong sendiri.
Untuk YDP Agong ke-17 dengar petition kedua segera, kalian rasa kita perlu bantuan DSAI atau kena boleh guna Mahathir atau Muhiyiddin yang kita tahu Tuanku pun benci? Oleh yang demikian, gunakan akal yang waras, bukan guna emosi semata-mata.
Agaknya, perbuatan sesetengah orang yang perasan dia bantu DSN dengan menyerang PM ni, ianya akan membantu DSN atau akan membuatkan insan yang hendak bantu DSN jadi tawar hati? Tidak rugi kalau seumur hidup sekali kita gunakan otak kita sehabis baik.
Itu sebab saya selalu cakap, ada orang dia rasa dia lebih Najib dari kita. Dia tak sedar apa dia buat boleh menyusahkan lagi hidup DSN dari membantu.
***Penulis adalah Pengarah Komunikasi UMNO
Baca juga: