Oleh: Haikal Tajuddin
BEIJING: Selepas lima tahun bebas dari jangkitan wabak COVID-19, sekali lagi negara China diserang varian baharu iaitu Human Metapneumovirus (HMPV) yang dipercayai juga cepat merebak.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh NDTV World, laporan itu diterima setelah pengguna aplikasi X dari negara China membuat perkongsian terhadap keadaan negara mereka yang kini sedang sarat menghadapi varian tersebut.
Susulan itu, pelbagai dakwaan telah muncul dan berlegar-legar di aplikasi media sosial sehingga ada yang mengakui bahawa hospital dan negara China kini berada dalam keadaan tertekan dan darurat.
Bagi meredakan kebimbangan ramai, pihak Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (CDC) di Beijing telah mengambil langkah dengan menetapkan protokol baharu untuk masyarakat lebih berhati-hati.

“Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuklah HMPV terutamanya di wilayah utara China.
“Menerusi laporan yang diterima, kes ini juga kebanyakkannya melibatkan golongan berusia di bawah umur 14 tahun,” katanya dalam laporan Reuters.
Dalam pada itu, stesen penyiaran CCTV juga turut menyatakan bahawa, jangkitan pernafasan yang menyerang pada musim sejuk juga menjadi punca, virus lain seperti influenza turut menjadi penyumbang kepada varian itu.
Dikatakan, batuk, demam, hidung tersumbat dan nafas berbunyi turut merupakan simptom kepada penyakit itu.
“Bagi kes yang teruk, pesakit boleh mengalami bronkitis atau radang paru-paru terutama dalam kalangan bayi, warga emas dan golongan yang mempunyai imun yang lemah,” jelasnya.
CDC China pula berkata, virus tersebut mudah tersebar melalui titisan atau aerosol yang berpunca daripada batuk atau bersin dan kontak rapat atau individu yang terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
Pakar pernafasan di hospital Shanghai dalam satu wawancara bersama National Business Daily mengakui tidak ada vaksin yang spesifik atau rawatan antiviral yang ditemui setakat ini.
Baca juga: