Ringgit kekal menurun tapi lebih tinggi daripada yen


Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Ringgit Malaysia masih mencatatkan kadar penurunan sewaktu sesi perniagaan minggu ini, namun dibuka lebih tinggi berbanding yen Jepun.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit yang diniagakan sekitar jam 9:30 pagi, dilaporkan telah berada pada angka 4.4850, akan tetapi sesi penutupan pada hari semalam, sudah mencatat kepala 4.4760.

Sejajar dengan nilai tersebut, nilai ringgit masih mengekalkan trend aliran positif berbanding Jepun, dengan nilai yen pada sesi pembukaan hari ini sebanyak 2.8498.

Bukan itu sahaja, nilai ringgit juga turut diniagakan dengan kadar tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.

Seperti di pound British, yang kini diniagakan kepada 5.5520/5644 daripada 5.5869/5932 dan turut ringgit turut meningkat berbanding Eropah, iaitu kepada 4.6047/6150 daripada 4.6336/6387 semasa ditutup semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih rendah kebanyakan berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit mencatatkan kenaikan berbanding dolar Singapura, kepada 3.2744/2822 berbanding 3.2859/2898 pada penutupan Khamis, tetapi sedikit merosot berbanding peso Filipina, kepada 7.74/7.74 berbanding 7.73/7.75.

Ia juga turut menyusut berbanding baht Thailand, mencatatkan 13.0640/0756 berbanding 13.0530/0744, serta sedikit lemah berbanding rupiah Indonesia, kepada 276.8/277.6 berbanding 276.2/276.7 sebelum ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat