Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jestin Raj Savarimuthu menyelar tindakan segelintir individu dan organisasi yang dilihat cuba ‘menegakkan benang yang basah’ demi kepentingan peribadi.
Beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan visi dan misi k
Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha merapatkan ukhwah seluruh masyarakat daripada pelbagai bangsa untuk mencapai kemajuan bersama.
“Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah hasil kesepakatan pelbagai parti yang ingin melihat negara ini maju dan sejahtera.
“Lebih mendukacitakan, mereka menggunakan sindiran dan perli untuk menarik perhatian,” katanya.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak membina dan sama sekali yidak wajar untuk dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.
Pada masa yang sama, Jestin Raj turut menasihati komuniti India untuk lebih memahami ketegasan dalam bersuara dan menyeru semua pihak untuk bersatu padu serta bekerjasama demi kemakmuran negara.
“Saya mohon agar semua pihak menghormati usaha dan kesepakatan yang telah terjalin dalam kerajaan perpaduan ini.
“Janganlah kita menjadi ‘duri dalam daging’ mahupun ‘gunting dalam lipatan’ yang hanya akan merosakkan keharmonian dan kemajuan negara.
“Kita perlu bersama-sama menjayakan visi dan misi kerajaan demi masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia,” ujarnya.
Baca juga: