Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Setelah mengalami penurunan sejak awal minggu lalu, Ringgit Malaysia (RM) kini mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada sesi pembukaan sekitar pukul 9:30 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.4890, lebih tinggi berbanding sesi penutupan Jumaat lalu pada kadar 4.4975.
Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.8496/8601 daripada 2.8606/8643 pada penutupan Jumaat, mengukuh berbanding paun British kepada 5.5771/5970 daripada 5.5800/5869 sebelumnya dan menguat berbanding euro kepada 4.6259/6424 daripada 4.6288/6345.
Keuntungan juga dicatatkan berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit mengukuh kepada 13.0112/0731 berbanding baht Thailand daripada 13.0540/0753 dan menguat kepada 277.1/278.2 berbanding rupiah Indonesia daripada 277.6/278.1.
Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.2745/2869 daripada 3.2828/2871 dan sedikit mengukuh kepada 7.71/7.75 berbanding peso Filipina daripada 7.73/7.74 sebelumnya.
Baca juga: