Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia mengekalkan momentum yang stabil sejak awal minggu lalu dan kini diniagakan lebih tinggi berbanding nilai wang di peringkat utama.
Seperti yang dikongsi oleh Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit masih diniagakan pada kadar 4.4995.
Nilai itu sememangnya memperlihatkan kadar yang tinggi daripada nilai mata negara utama.
Seperti di Jepun, nilai yen telah dibuka sebanyak 2.8348/8384 sahaja daripada 2.8458/8492 ketika ditutup semalam.
Ringgit juga turut meningkat berbanding Eropah kepada 4.6384/6436 daripada 4.6756/6808.
Unit tempatan juga lebih stabil berbanding pound British kepada 5.5955/6017 daripada 5.6341/6403 semalam.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9684/9911 daripada 13.0045/0258, dan sedikit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2864/2906 daripada 3.2983/3022 ketika ditutup pada selasa.
Mata wang domestik kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina, masing-masing pada paras 277.7/278.2 dan 7.71/7.72.