KUALA LUMPUR: Selepas berjaya ‘menjinakkan’ inflasi pada tahun 2024, Malaysia berhasrat menjadi peneraju pasaran global dalam pelbagai bidang untuk tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan Kerajaan terbukti dengan berkurangnya pengangguran, mencatat prestasi terbaik pasaran saham di ASEAN. serta menstabilkan mata wang negara.
“Di peringkat antarabangsa pula, pelaburan asing kita berjaya membawa kepada hab semikonduktor dan pusat data.
“Pada tahun 2025, kami mahu melipat gandakan kelebihan kedudukan geografi kami sebagai saluran untuk tenaga elektrik dan pelbagai lagi. Pada masa sama, kami mahu perhalusi kepakaran dalam minyak dan gas, semikonduktor dan kewangan Islam,” katanya dalam ucapan Forum Ekonomi Malaysia 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre, KL pada Khamis.
Anwar turut menjelaskan senario pengasingan ekonomi oleh beberapa kuasa besar membuka ruang kepada perbezaan dan dasar ke arah ekonomi pluralisme.
“Memandangkan Asia menjadi pusat global ekonomi, ASEAN diunjurkan menjadi yang keempat terbesar blok ekonomi di dunia.
“Bahagian terbesar dunia pertumbuhan akan datang daripada gabungan ASEAN, India dan China bagi menghasilkan kelas pertengahan yang semakin berkembang terhadap pembuat keputusan.
“Apabila kita membentuk kerajaan pada penghujung 2022, kita mencari legitimasi ekonomi melalui kestabilan politik kemudian melancarkan satu siri ekonomi progresif berpaksikan rakyat sambil didorong oleh semangat reformasi institusi.
“Justeru, ekonomi pulih dan kami melihat kemasukan pelaburan strategik membabitkan infrastruktur, tenaga diperbaharui dan kecerdasan buatan (AI).
“Di sinilah kerajaan berani menetapkan peraturan, contohnya mengenai perlindungan alam sekitar, peraturan kewangan dan lain-lain untuk menjalankan ekonomi dengan betul,” katanya.
Anwar turut mahu semua pihak menjadikan wacana, dialog dan pendebatan sebagai normalisasi. Hal ini perlu untuk mana-mana tamadun berkembang maju seperti Majlis asy-Syura yang melibatkan pemikiran pelbagai pakar dalam bidang masing-masing.
Baca juga: