PM ucap Selamat menyambut perayaan Ponggal

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan semoga perayaan Ponggal disambut dengan meriah di samping keluarga tersayang.

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, masyarakat Tamil akan merayakan perayaan Ponggal yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sebagai tanda syukur.

“Justeru saya mengharapkan perayaan Ponggal pada tahun ini disambut dengan lebih meriah disamping keluar tersayang,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menekankan bahawa pihak kerajaan akan berusaha gigih dalam memastikan tiada kelompok atau kumpulan yang akan dipinggirkan, terutamanya masyarakat India.

Katanya, kemiskinan di kalangan kaum India akan terus menjadi keutamaan kerajaan.

“Lantas, kebersamaan dan perpaduan mesti terus diperkukuh sebagai jalan ampuh menjelmakan perubahan dan keamanan negara.

“Mewakili keluarga besar Malaysia, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Tamil dan selamat menyambut hari perayaan Ponggal kepada seluruh masyarakat India terutamanya komuniti Tamil,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat