Ulasan | Kenapa mahu guna ‘B.I’ dalam Sains dan Matematik lagi?

Oleh: Dr Othman Talib

Pembelajaran Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Bahasa Inggeris (B.I) – mana silapnya?

Tiada isu BI dijadikan sebagai bahasa pengantar ke-2 di Malaysia atau mana-mana negara mengikut sejarah negara masing-masing. 

Jika di Malaysia, isu yang timbul adalah penguasaan BI yang lemah di sekolah dan juga penguasaan Sains dan Matematik yang lemah juga di sekolah.

Isu ini dah banyak dibincangkan sehinggalah timbul PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris); Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI); DLP (Dual Languange Program) dan sekarang muncul lagi, idea 50:50 pula!

Jika tanya saya, sains dan matematik boleh sahaja difahami dalam BM (Bahasa Melayu) sebagai bahasa kebangsaan tanpa banyak masalah, kerana sains dan matematik adalah tentang ‘pemahaman konsep’, bukan tentang masalah bahasa. 

Timbul dua persoalan…

Kenapa ada negara guna bahasa ibunda (bukan BI) tetap lemah dalam ujian TIMSS dan PISA (Program Pentaksiran dan Kajian Antarabangsa seperti Morocco yang menggunakan bahasa Arab dan French?

Kenapa ada negara yang guna BI juga tetap lemah dalam TIMSS dan PISA seperti Filipina sedang bahasa mereka adalah Tagalog?

Jadi, adakah isu ini tentang kelebihan menggunakan Bahasa Inggeris – sudah pasti tidak. Jika tidak, mari kita beralih kepada faktor penyampaian yang berkesan ketika PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) dan segala aspek lain yang berkaitan. Ini sewajarnya menjadi fokus untuk sains dan matematik dan bukan bahasa. 

Di bawah saya sertakan jadual negara di atas ranking TIMSS dan PISA yang menggunakan bahasa ibunda negara masing-masing tetapi tetap menguasai sains dan matematik dengan baik, sedang Filipina yang guna BI pula tercorot di bawah.

Lebih pening lagi, bila Malaysia nak guna 50:50 campuran bahasa Inggeris dengan bahasa ibunda dalam SEMUA subjek terkait STEM!

Aku tak percaya jika idea 50:50 ini datang daripada marhaen dalam sesi libat urus dan jika ia datang dari marhaen sekalipun, apa alasan untuk menerimanya?

***Penulis adalah Pensyarah Universiti UCSI dan sentiasa membicarakan mengenai pendidikan dalam negara di media sosialnya

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat