LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi negara melawat Battersea Power Station di United Kingdom (UK).
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, katanya, ia dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Ketersediaan infrastruktur di sini (UK) mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ke tahap lebih tinggi di masa hadapan,” katanya.
Lawatan kerja lima hari ke UK itu turut diisi dengan pertemuan dengan Yang Dipertua House of Commons, Parlimen UK, Lindsay Hoyle.
Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai peranan institusi Parlimen masing-masing dalam mencorakkan hala tuju dan pentadbiran negara.
Anwar juga berkongsi peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia serta prakarsa yang telah dan sedang dijalankan bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di Malaysia.
Baca juga: