Anwar sampaikan syarahan di LSE

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE).

Lapor Bernama, Anwar, yang berada di United Kingdom (UK) untuk lawatan kerja selama lima hari, bercakap mengenai The Adaptive Edge: Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’.

Sempena lawatan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut merasmikan Auditorium Malaysia di LSE.

Auditorium dengan sebanyak 460 orang itu terletak di Centre Building, LSE telah siap dibina pada Jun 2019 dan direalisasikan hasil sumbangan Persatuan Alumni Malaysia.

Turut hadir adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Presiden dan Nailb Canselor LSE Profesor Larry Kramer dan Datuk Azman Shah Mohd Yusof, Presiden Persatuan Alumni Malaysia LSE (LSEASM) turut menghadiri syarahan itu.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat