PULAU KETAM: Tiada lagi keperluan memboikot jenama Starbucks susulan pengumuman gencatan senjata di Gaza, kata Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa positif dengan pengumuman gencatan senjata itu.
“Sekarang sudah ada berita gencatan senjata di Gaza, ini memang satu berita bagus buat semua. Gaza akan aman kembali, itu yang kita semua mahu.
“Jadi untuk apa mahu boikot lagi Starbucks? Tidak ada keperluan lagi. Gencatan senjata ini memang satu berita yang baik,” katanya memetik laporan media tempatan.
Sebelum ini, Vicent Tan beberapa kali menegaskan tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia malah beliau pernah mendedahkan hampir 85 peratus pekerja kopi berjenama itu sebenarnya dalam kalangan muslim di negara ini.
Baca juga: