LONDON: Dalam lawatan kerja ke London, United Kingdom (UK), semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mendengar khutbah dan solat di East London Mosque bersama-sama kariah setempat bagi meraikan kebersamaan mencari keberkahan hari Jumaat.
Selepas solat, Anwar menyumbang naskhah al-Quran terbitan Nasyrul Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris kepada pihak masjid.
Sumbangan tersebut diikuti dengan pertemuan bersama komuniti Islam tempatan dan makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin Islam dari British Muslim Council.
“Moga pertemuan ini merapatkan lagi ukhwah dan silaturahim sesama kita, Insya-Allah,” ujar Anwar.
Pada 26 November 2024, dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan, beliau telah menyerahkan sumbangan naskhah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea kepada republik itu.
Penyerahan itu dilakukan pada pertemuan dengan Presiden Persekutuan Muslim Korea (KMF), Hussein Kim Dong Eok.