Kabinet Israel setuju gencatan senjata dengan Hamas

JERUSALEM: Kabinet Israel telah menyetujui perjanjian gencatan senjata dengan pejuang Hamas pada Sabtu yang dijadualkan bermula pada 19 Januari 2025.

Memetik laporan NBCNews, perjanjian itu melibatkan pertukaran tawanan di mana Hamas akan membebaskan 33 tahanan Israel termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun sebagai ganti pembebasan antara 990 hingga 1,650 tahanan Palestin.

Gencatan senjata itu diharapkan dapat mengakhiri konflik berdarah selama 15 bulan yang telah memangsakan Gaza.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, perjanjian itu adalah langkah penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan yang berlanjutan di Gaza.

Beliau turut menghargai usaha negara seperti Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat yang berperanan sebagai ‘orang tengah’ dalam mencapai perjanjian itu.

Gencatan senjata itu akan melibatkan penarikan tentera Israel dari kawasan yang padat penduduk di Gaza serta penghantaran bantuan kemanusiaan yang diperlukan untuk membantu penduduk yang terjejas.

Perjanjian itu juga membolehkan warganegara Palestin yang telah ditempatkan di luar kawasan mereka untuk kembali ke rumah masing-masing.

Anda Mungkin Berminat