Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan tuduhan menzalimi bakal jemaah haji dalam platform media sosial berkenaan tawaran haji musim 2025/1446H.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan oleh TH pada Sabtu, dakwaan di media sosial itu tidak benar kerana TH telah menerima dan mengkategorikan semula semua para jemaah haji.
“Tuduhan itu sama sekali tidak benar. Kami telah menerima dan mengkategorikan semula lebih 700 golongan M40 seperti suri rumah, pelajar dan warga emas kepada golongan B40 setelah menerima rayuan berserta bukti mereka adalah dari golongan tersebut.
“Sejak 2022 TH menyemak silang maklumat bakal haji dengan agensi-agensi Kerajaan bagi menentukan kategori bakal jemaah B40, M40 dan T20.
“Bakal jemaah yang menerima sumbangan program bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah adalah termasuk dalam Kumpulan B40. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan adalah termasuk dalam Kumpulan T20,” jelasnya.
Beliau turut berkata, bakal jemaah yang tidak termasuk dalam kategori B40 dan T20 adalah dikategorikan sebagai M40.
Namun, pihak TH kini masih menerima permohonan rayuan untuk menukarkan kategori tawaran.
Dalam pada itu, pihak mengakui bahawa, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana diperakui, telah menjatuhkan reputasi TH.
Baru-baru ini, Negara digemparkan dengan kumpulan jemaah haji yang dipercayai telah berkampung selama tiga hari di kawasan pengendalian Umrah.
Dikatakan, tindakan itu dibuat adalah untuk menuntut semula wang yang dikeluarkan kepada syarikat tersebut.
Baca juga: