Eropah perlu pertimbang sekat TikTok – Menteri Luar Castonia

MOSCOW: Menteri Luar Estonia, Margus Tsahkna mencadangkan Eropah untuk mengikuti langkah Amerika Syarikat mengharamkan TikTok.

“Selama beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan TikTok menyebarkan maklumat palsu dan menjadi platform untuk memanipulasi pilihan raya.

Selain itu, pengumpulan data secara besar-besaran oleh platform ini diketahui menimbulkan risiko keselamatan yang serius. Pengharaman TikTok perlu dipertimbangkan di Eropah juga,” kata Tsahkna menerusi hantaran di platform X pada Ahad.

Lapor media antarabangsa, TikTok tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad dan telah dikeluarkan daripada App Store.

Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS sebulat suara mengekalkan undang-undang yang melarang aplikasi perkongsian video milik syarikat China itu atas alasan keselamatan negara.

Rumah Putih mengatakan aplikasi media sosial China itu seharusnya tetap tersedia di AS, tetapi di bawah pemilikan Amerika untuk mengatasi isu keselamatan nasional.

Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, yang menunjukkan simpati terhadap TikTok, akan kembali ke Rumah Putih untuk memulakan penggal kedua, sehari selepas tarikh akhir untuk TikTok melaksanakan proses pemisahan aset.

Trump menggesa mahkamah tertinggi untuk menangguhkan keputusan bagi memberi ruang kepada rundingan.

Baca lagi:

Anda Mungkin Berminat