PETALING JAYA: Permintaan tinggi daripada para penumpang terhadap khidmat keretapi dan lokomotif memerlukan perancangan teliti dan berfasa.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) menyasarkan 80 peratus penggunaan landasan kereta api di Semenanjung Malaysia menjelang 2030.
Setakat ini, penggunaan landasan keretapi sedia ada hanya dapat dioptimumkan penggunaannya sehingga 30 peratus.

“Jadi, kita punya sasaran ialah untuk mempertingkatkan. Tetapi kita perlukan ‘rolling stop’ yang lebih banyak.
“Kita perlukan tambahan set keretapi kita perlukan lokomotif yang lebih banyak untuk kargo.
“Bukan orang tak pakai, orang nak pakai. Kita tidak cukup tren kita punya ‘rolling stop’ tak cukup.
“Umpamanya ETS. ETS kita permintaan tinggi, tetapi ETD class 93 ni generasi pertama hanya ada 10 set. ETS 2 baru ada sembilan set.
“Jadi keseluruhan ada 19 set utk ETS. Jadi, ETS kalau tiap-tiap hujung minggu penuh”, katanya, memetik Berita RTM pada Isnin.
Jelasnya, kerajaan juga telah membangunkan pelan berperingkat untuk meningkatkan perkhidmatan kereta api penumpang di seluruh Malaysia dari 2024 hingga 2030 dengan menyasarkan operasi 299 kereta api penumpang di seluruh negara.
Sementara itu, Anthony turut memaklumkan sebanyak 210,000 tiket keretapi telah terjual bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Baca juga: