EU digesa iktiraf persijilan minyak sawit Malaysia

BRUSSELS: Kesan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Belgium memberi khabar positif terhadap industri minyak sawit negara.


Ini kerana hasil lawatan ini kerajaan berjaya menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.


Untuk rekod, rundingan FTA dilancarkan pada 2010 dan kemudiannya ditangguhkan selepas tujuh pusingan pada 2012.


Menurut Duta Besar Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah (EU), Datuk Mohd Khalid Abassi Abdul Razak berkata, sebelum ini rundingan FTA terhenti disebabkan ketidaksetujuan Malaysia berhubung beberapa isu seperti sawit, dasar pemerolehan, subsidi dan klausa kelestarian EU.


“Salah satu sebabnya adalah diskriminasi terhadap minyak sawit. Antara isunya adalah dakwaan pembakaran terbuka dan buruh paksa,” kata Mohd Khalid Abassi lapor Bernama.


Tambahnya, negara telah melakukan dengan baik dalam usaha menyelesaikan beberapa isu yang menghalang rundingan FTA, antaranya pengenalan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Sebelum ini, Anwar memberikan nafas baharu kepada rundingan MEUFTA selepas mengetuai misi perdagangan dan pelaburan yang berjaya ke Jerman pada Mac tahun lalu.


Sejak itu, import minyak sawit EU dari Malaysia mencatatkan aliran meningkat baru-baru ini.


Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), EU mengimport sejumlah 646,819 tan metrik minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh separuh pertama 2024, peningkatan sebanyak 22 berbanding berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu sebanyak 530,051 tan metrik.

Anda Mungkin Berminat