Oleh: Kamilia Ali
DAVOS: Malaysia perlu berada dalam radar sinergi dan pelaburan bersama Switzerland untuk manfaat bersama di masa hadapan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkongsi berkenaan polisi kerajaan ketika ini yang aktif menyertai arus perubahan dunia dalam bidang semikonduktor, digital, tenaga, hidrogen dan kecerdasan buatan selain memberi penekanan kepada aspek kesihatan dan pendidikan.
“Ini semua bakal membawa pulangan besar kepada Malaysia dan ASEAN secara menyeluruh apabila pelabur asing mula memainkan peranan kepada perubahan ekonomi sejagat,” katanya ketika menghadiri sesi ‘Country Dialogue on Malaysia’ bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Selasa.
Anwar turut berkesempatan mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat multinasional yang mempunyai pelbagai pelaburan di Malaysia.
Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah AstraZeneca, Fortescue, DP World, Nestle, Medtronics, dan Google.
Sesi-sesi tersebut juga sebagai signal dan usaha berterusan kerajaan dalam meyakinkan serta menarik kemasukan pelabur asing, baik baharu dan lama ke Malaysia.
Baca juga: