Oleh: Hanim Nadia
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang tular kerana menampar kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) pada 16 Januari lalu, akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada Isnin lalu dan mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksima satu tahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.
Pada 16 Januari lalu, tular video, mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 38 tahun ditampar oleh suspek seorang lelaki warga tempatan berumur 59 tahun yang tidak berpuas hati lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom yang dijalankan oleh mangsa.
Susulan itu satu kertas siasatan berhubung kejadian itu telah dibuka.
Baca juga: