DENGKIL: Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok (Sabtu) telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan tersebut dan kebenaran telah diberikan.
Sebelum itu, Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra bersama mahasiswa dan menjamu selera di Anjung Dengkil, UiTM.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, notis pemberitahuan perhimpunan yang dihantar oleh penganjur masih belum lengkap kerana tidak disertakan salinan persetujuan pemilik tempat perhimpunan (DBKL).
Katanya, penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan lokasi seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok.
Perhimpunan itu dijadualkan akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Dataran Merdeka.
Difahamakan, pihak polis akan menggerakkan kira-kira 400 pegawai dan anggota untuk mengawal serta memantau penganjuran perhimpunan esok.
Baca juga: