Oleh: Liyana Marzuki
MARI kita kaji dan hadam Belanjawan 2025 setiap negeri di Malaysia.
Tengok berapa banyak belanja mengurus mereka (OPEX) berbanding dengan belanja pembangunan. (CAPEX). ‘Cross check’ pula dengan jumlah populasi.
Dapat lah disimpulkan, negeri SG4 (State Goverment 4) yang kurang maju dan membangun, Belanja Pembangunan mereka hanya 1/3 dari Belanja Mengurus. Hmmmm…
Maknanya kos nak menguruskan negeri itu tinggi sekali dengan gaji dan elaun pemimpin dan segala macam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) berbanding diperuntukkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.
Kelantan contohnya, negeri termiskin di semenanjung Malaysia. Bab elaun untuk pemimpin tak nak kalah ya. Kelantan lah satu-satunya negeri yang kesemua EXCO nya diberi Mercedes mewah, gaji MB (Menteri Besar) lebih mahal dari negeri lain yang lebih maju. Walhal isu air 50 tahun tetap lagu tu.
Terengganu pula, walau nampak ok pada mulanya. Baru-baru ini, isu jalan runtuh kerana hakisan pantai hanya diberi RM120,000. Itu sahaja yang mereka mampu. Walhal, gaji MBnya antara tertinggi di Malaysia. Kalah Pulau Pinang pula.
Kalau kita kaji sejarah politik dunia. Mana-mana parti yang menggunakan agama, mereka tak tekankan kemajuan dan pembangunan. Kerana nak kekalkan rakyat dalam kemiskinan, membawa kepada kekufuran.
Walhal pemimpinnya pula berjoli sakan.
![](https://malaysiabangkit.com/wp-content/uploads/2025/01/IMG_3597.jpeg)
Politikus kekalkan kemiskinan?
Ini data semasa yang dikaji oleh Malaysiakini tahun lepas. ISLAH tolong lukiskan.
Jelas, gaji MB tertinggi terletak di negeri-negeri miskin di Malaysia. Kelantan, Sabah, Terengganu dan Perlis. Gaji depa sangat tinggi dari kadar KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) per kapita.
Andaiannya begini. Sebuah syarikat hasilnya kurang, untung ciput sekali. Namun, Pengarah-pengarahnya punya gaji tinggi, setiap Pengarah dapat Mercedes sebjik, bonus lagi.
Pada masa yang sama gaji pekerjanya ciput, kadang nak bayar gaji pun kena buat pinjaman. Pekerja minta bonus depa suruh minta company lain pula. Bilamana Pengarah tiap-tiap tahun wajib bercuti ke luar negara.
Jadi apa pandangan pelabur ke atas mereka? Syarikat berjayakah? Tambah dah 30 tahun lagu tu juga. Seolah-olah nak kekal begitu selamanya.
Sememangnya dikaji sejak berzaman. Ada kalangan politikus sama ada dulu atau kini hendak kekalkan rakyat dalam kemiskinan. Kerana kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. Senang lah dibodohkan.
Ada yang kata orang miskin dan susahlah yang lebih dekat dengan Tuhan. Barulah politik agama boleh jalan.
Saya percaya, kerja Ulamak itu berdakwah agar orang lebih dekat dengan agama. Tapi kalau Ulamak politik, dengan segala dalil mereka nak berkuasa, membuatkan orang lain menjauhkan pula.
Contoh dalil yang ada: rasuah itu sedekah, menipu itu harus, fitnah dan bunuh itu dosa tak berat mana. Macam mana dia pikir pun kita blur.
Moga Malaysia dipimpin oleh Umara berkaliber, yang tahu dan arif tugas utamanya ialah untuk bina negara.
Aman makmur dan sejahtera untuk semua anak bangsa.
***Penulis adalah aktivis politik