Lelaki curi tong ais ditahan, ada 9 rekod jenayah

Oleh: Hanim Nadia

KLUANG: Seorang lelaki ditahan kerana mencuri sebuah tong ais dan 20 paket tempe di hadapan premis perniagaan di Jalan 1/3 , Taman Sri Kluang, Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan susulan tular rakaman litar tertutup (CCTV) premis tersebut di Facebook.

“Pada 26 Januari, kira-kira jam 8.00 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat tangkapan terhadap suspek di Taman Desa, Kluang.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya membuat rampasan seperti kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih, kunci kereta, sebuah tong ais berwarna biru dan 20 paket tempe,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah, dua rekod jenayah narkotik dan saringan ujian air kencing positif Methamphetamine.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selamat tiga hari sehingga 29 Januari ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat