Kami ada iltizam politik selesaikan isu sempadan, tenaga kerja – Prabowo

KUALA LUMPUR: Isu sempadan dan tenaga kerja antara dua negara sahabat Malaysia-Indonesia akan dapat diselesaikan kata, Presiden Prabowo Subianto.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Menara Petronas.

Beliau berkata, isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.

“Hal-hal lain kita boleh selesaikan, masalah teknikal boleh diselesaikan. Apa yang penting ialah kita mempunyai iltizam politik dan strategik.

“Kita boleh selesaikan masalah sempadan, kita akan selesaikan masalah dua hala dan tenaga kerja jika sepakat untuk tertibkan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama antara Malaysia dan Indonesia adalah amat penting tatkala geopolitik dunia kini penuh dengan ketegangan dan ketidakpastian.

“Kerana itu pada pandangan saya, Malaysia dan Indonesia kita juga perlu tumpulan sinergi bersama rakan-rakan ASEAN kita. Hanya dengan kerjasama yang baik antara kita, suara kita akan lebih didengari,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat