Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia (RM) mengalami penurunan pada sesi pembukaan hari ini berbanding penutupan yang dibuat pada hari semalam.
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), nilai ringgit kini diniagakan pada kadar 4.4030 berbanding kadar penutupan semalam pada 4.3955.
Ringgit menguat berbanding euro kepada 4.5643/5721 berbanding 4.5819/5898 sebelumnya serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4541/4635 berbanding 5.4653/4746.
Namun, ringgit menyusut berbanding yen kepada 2.8484/8535 berbanding sebelumnya.
Selain itu, ringgit juga bergerak naik turun berbanding mata wang ASEAN.
Berbanding dolar Singapura, ringgit sedikit menguat kepada 3.2463/2526 daripada 3.2481/2542 pada hari Selasa dan turut naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.0/270.6 daripada 271.5/272.0.
Sebaliknya, ringgit jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.0507/0839 berbanding 12.9437/9727 pada hari Selasa dan juga merosot berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.54.
Baca juga: