Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Cadangan Malaysia agar Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk ASEAN (GCC) dibuka penglibatan kepada Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah harus diberi pujian.
Pakar geostrategi, Dr Azmi Hassan berkata idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu penting dalam meredakan perang perdagangan antara AS dan China.
“Pada ketika ini, mesyuarat GCC Sidang Kemuncak ASEAN, buat pertama kalinya negara Teluk GCC hanya melibatkan China.
“Tujuan mengadakan mesyuarat ini adalah untuk membuka pasaran lebih luas kepada ASEAN ,China dan antara lain juga negara-negara Teluk.
“Apabila Datuk Seri Anwar mengatakan untuk membuka rakan daripada Eropah dan AS, itu adalah salah satu strategi memperluaskan ruang lingkup pasaran di antara negara China, ASEAN, GCC, AS dan juga negara Eropah.
“Ia memperkuatkan lagi hubungan dagangan terhadap negara-negara yang terlibat,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Bangkit.
Namun begitu, beliau meramalkan bahawa pertemuan diantara China dan AS sama sekali tidak akan berlaku atau sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini.
Ujarnya, strategi itu perkembangan yang sangat menarik kerana dapat dimurnikan secara terus dengan ASEAN boleh memainkan peranan dalam meredakan ketegangan dua kuasa besar tersebut.
Pada Isnin, Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan hasrat membuka penyertaan negara luar dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) termasuklah Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.
Anwar berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) baru-baru ini.
Baca juga: