Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia kembali mengekalkan momentum positif dan tetap dibuka tinggi berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang diniagakan hari ini.
Perkongsian Bank Negara Malaysia (BNM), sekitar jam 12.13 tengah hari pada Rabu, ringgit berada pada kadar 4.4950 dengan sesi pembukaan wang tempatan itu sudah pun dibuka sebanyak 4.4285.
Nilai itu lebih tinggi berbanding sesi penutupan yang dibuat pada semalam, yang mencecah pada 4.4400.
Namun begitu, wang tempatan telah menunjukkan kadar penurunan berbanding sekumpulan mata wang utama.
Di Jepun pula, ringgit dilihat sedikit merosot kepada 2.8729/8857 berbanding 2.8581/8645 semalam dan terus jatuh berbanding Eropah kepada 4.5941/6144.
Ia juga turut diunjur menurun berbanding pound Britain kepada 5.5259/5502 berbanding 5.5167/5285 sebelum ini.
Diperingkat mata wang tempatan pula, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur.
Ia menguat berbanding peso Filipina kepada 7.59/7.63 berbanding 7.61/7.63 pada penutupan Selasa, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 270.8/272.1 daripada 271.5/272.2 sebelum itu.
Namun, ringgit kekal stabil berbanding dolar Singapura pada 3.2741/2887 berbanding 3.2741/2813 sebelumnya, tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1429/2121 dari 13.1241/1580 sebelum ini.
Baca juga: