Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara mengusulkan rayuan kebenaran ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan kes adendum ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi kenyataan hari ini, pelaksanaan itu telah dibuat pada 4 Februari bertujuan memastikan semua hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya.
“Antaranya, adalah percanggahan dalam tafsiran undang-undang. Terdapat percanggahan pandangan antara keputusan Mahkamah Tinggi dan penghakiman majoriti serta minoriti di Mahkamah Rayuan.
“Perkara ini menimbulkan keperluan untuk mendapatkan kepastian dan undang-undang yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan.
“Manakala, keduanya adalah kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Hal ini selaras dengan Isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan undang-undang yang signifikan serta mempunyai kepentingan awam yang wajar dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah tertinggi negara,” jelasnya.
Tambahannya, langkah ini juga turut dianggap penting bagi memastikan keadilan dalam kes itu, disamping dapat menegakkan prinsip keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta memperjelaskan tafsiran undang-undang negara.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah disabitkan kesalahan dan dihukum 12 tahun penjara, berjalan serentak serta didenda sebanyak RM 210 juta.
Susulan dari perkara tersebut, Najib telah mengemukan permohonan pengampunan untuk dikurangkan daripada penjara 12 tahun menjadi 6 tahun manakala denda RM210 juta kepada RM50 juta.
Tambahan lagi, Najib dan peguamnya juga mendapati bahawa wujudnya titah addendum yang memberi peluang kepadanya melaksanakan hukuman penjara yang dijalankan di rumah sahaja.
Baca juga: