Tembakan Setia Alam, seorang cedera

SHAH ALAM: Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam dengan seorang lelaki tercedera.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.

“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes.

“Mangsa cedera terkena beberapa das tembakan oleh suspek. Suspek sudah melarikan diri dipercayai seorang sahaja setakat ini.

“Tempat ini selamat untuk orang awam dan esok boleh beroperasi seperti biasa. Sekarang pihak forensik masih menjalankan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian,” katanya memetik portal tempatan pada awal pagi Ahad.

Tinjauan mendapati, polis membuat kawalan keselamatan dan orang awam diarah keluar dari pusat beli-belah.

Terdahulu, tular di Facebook Setia Alam Residents mengenai kejadian terbabit yang didakwa di sebuah kedai emas di pusat-beli belah di situ.

Anda Mungkin Berminat